Apa yang ada dengan entri KEMBALI kali ini..
sudah lama tidak menulis sebarang entry dek kesibukan bekerja. ternyata, menjadi seorang mualim, murabbi bukanla sesenang yang di sangkakan. banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam masa yang singkat.
dari satu satu..kerja sentiasa menunggu. beratur untuk diselesaikan olehku...kepenatan melanda diri...bukan sahaja fizikal malah mental. Semakin banyak dugaan dan cabaran yang datang melanda.
Dengan kesibukan bekerja, kadang kala aku menjadi lemah serta putus asa untuk menghadapi hari hari disini. namun, ku kuatkan juga kerana aku sedar tugas serta amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T amat besar..mendidik ummah supaya menjadi manusia yang berilmu.
10 Februari 2012~~genap setahun bergelar pendidik.kesibukan bekerja menyebabkan masa berlalu tanpa ku disedari. Melakukan rutin rutin harian setiap hari, mengajar yang menjadi tugas hakiki seorang guru. menghadapi karenah murid murid yang menguji kesabaran. rasa marah, sedih, suka, gembira semuanya dirasai. apa yang pasti, dapatkah diri ini menahan rasa marah dan sabar setiap kali berdepan dengan karenah murid..sesungguhnya, hanya berdoa selepas solat membuatkan diri sedikit lega dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan disini.
KEMBALI
Posted by
Che Mohamad Rizuan B. Che Taib
Wednesday, February 22, 2012
"Jadikanlah SABAR dan SOLATmu, sebagai penolongmu, Dan sesungguhnya hal itu amat berat kecuali bagi orang2 yang khusyuk" (al-Baqarah: 45)
0 comments:
Post a Comment