CMR Blog

Kepahitan membuatkan anda berfikir,,BerFikir MemBUat anda BijakSana,Kebijaksanaan Membuat ANDA MamPu Bertahan Dalam Hidup


ALHAMDULILLAH...akhirnya lulus jugak temuduga guru sandaran siswazah terlatih keluaran IPTA...............

Ujian Insak dan Temuduga KPM

ahamdulillah..da lepas ujian insak dan temuduga KPM pada 1 NOVEMER yang lalu....da tkder rs takot,rs bimbang,cuak..semua da kurang...cume bimbang ngn keputusan yang bakal kluar tk lama lagi...huhu...nk menunggu keputusan lulus atau gagal...cume kt cni nk berkongsi pengalaman masa jwab ujian ngan kena temuduga ari 2..

pagi2 lagi da kalut..2 malam lalu dengan hujan tk henti ni membuatkan aku tkt,klu la pagi temuduga 2 hujan..memang ssh la aku..nk pegi temuduga kt BTPN pengkalan chepa 2...ketakutan 2 menjadi kenyataan..igt nk lari ngan motor je kt cna,tp hujan tersgt2 lebat...teros lari pg rumah kawan,pnjam kete die..masa 2 kol 6.30 pagi..da cuak,,klu naek kete confirm2 jalan kt jambatan sultan yahya 2 sesak..hoho..tggu member pon smpai kol 7..temuduga kol 8 pagi...da lambat...

7 pagi teros bertolak...kol 8.30 baru sampai...huh,,perjalanan biasa 40 min blh jadi sejam setengh..nsb baekla interview tk strt lagi...

bile da nak masuk ujian insak lak berdebar2,,soalan insak ni sama je tiap2 tahun aku rs,,soalan 2 je die guna semula..hehe...aku 2nd tme jawab soalan insak...yg dulu pas jawab kna halau keluar sebab tarikh senat univ lambat...

pas jwb insak,,,tero pg bilik temuduga..tgk2 turn aku huh..punyelah lma..no 22...yang last2 jgk...
aish...tk leh jadi ni..jmpe member baru,teros ajak g mkan...nsb la die pon no blakang..hhee..ustaz plak 2...pegila makan kt kntinBTP 2...

pas siap makn pegi balik kt bilik temuduga...wahh,,tgk2 da 4 org da lepas..tnye2 depa semua ckp die tnye yang senang2 je...aku cuak jgk..klu die tnye yang fakta mmg mampos aku..hee...not enough prepare

tggu punye tggu samapai la turn aku...tym 2 da kol 2..aku mauk dgn bagi salam..jalan terus bagi fail kt penemuduga...pas2 penemuduga suh duduk..penemuduga ni duorg.

soalan first yg die tnye:
1.ceritakan ttng diri anda
2.then..die tnye aku major fizik,,die tnye pendpt aku mcm mana nk ubahsuai@term2 unsur dlm fizk ni supaya pelajar lebih tertarik..

3.die tnye pasal kokurikulum aku..aku dulu ckpla aku ni pr siswa masa kt u dulu..pas2 die tnye,,awk major fizik,,knapa amek prs??ape lagi,,aku ckpla..profesion ni mmg berkait rapat dgn prs..kt skolah sendri pon ader persatuan rakan sebaya,,zaman skg cabaran guru dlm mendidik pelajar makin besar,,dgn kenakalan pelajr lagi...sbg guru juga kiter kna tah mcm mana nk beri m0tivasi,,kaunseling,,sbb tugas guru bkn hnye mengjar semata2 tp juga seorang guru yang baik mereka sentiasa memberi motivasi pada pelajar pelajarnya...so,,bila saya mask prs maka d situ saya dpat penglaman yg amat bermakna utk d gunakan kelak...tak sempat nk ambik nafas die tnye lagi,,

3.ok...subjek sejarah d jadikan subjek lulus pada tahun 2013..setuju ke tk,,,
ha.kt cni lagi la aku bantai aku ckp byk2 smpai penemuduga tnye kamu taw ke sejarah negara malaysia??haha..aku ckpla,,mgkn bukan semua yang sata mampu igt,,tp sy jgk mnt dgn sejarah..
jwb dngn yakin,,tp aku da cuak da...pas2 die tnye lagi

ok..bile malaysia d tubuhkan?teros aku jwb 16 september 1963..nmpk mcm diurg puas ati ngn aku...nsb baekla solan 2,klu yg laen..mmg aku tk dpt jwb..ok,stkat ni saja die bgtaw..

pas2 aku pon kuar dgn rs gembira..syukur...skg ni tggu keputusan je la kuar,,

Contoh soalan Insak...













ni contoh soalan insak yang aku ambik dr Facebook kawan aku...sebelum ni cume jwb yang buku nsak mok soon sang je..yang ni lebih kepada insak sebenar...huhu

da lamer tk update blog ni...dgn kesibukan bekerja d tesco..tk sempt nk tls ape2 kt blog..blog ni pon sunyi sepi..hehee...da jadi diary aku da

SMS

dh gane yg ikot sgt cikgu 2?dia bg makan taik ke mende.yang awak 2 takdop mulut?xreti nk nk kbo.dia nak jln kk biar dia la.guane xknal jalan ke?bodoh sgt yg awk nk kna ada gok...

org mcm awak ni xleh ckp molek.xreti bhs.ati org nk jaga ati sy wat gni.molek la ck g2 ngan org mcm awk.

pntgkan taik.klu ptg mlm ag da kuar beli brg saya.tak chat konon.cg bangang 2 ajak sht plop.hilang sakit..mmg taik la awk!!

jgn cari pasal!!

sedih la terima sms ni...huhu=((

ST2M


motor kesayangan ST2M....love u so much

SAMAN!!

surat nasihat PDRM


SURAT saman kolej kediaman
huhu......saman!!1

4 tahun aku kt ums ni tak pernah d saman...tibe2 je suatu mlm,tym lepak2 tgk movie,ade org datg ketuk pin2 lak..member ku sangkakan roomate die yg balik...upenya2 felo yg datang bwat spotcek...huhuhu...for the 1st tym kena saman...nasib la die saman RM10 JE untuk laptop..tp tym2 darurat,,akhir sem ni rm10 2 aku anggap sgt besar nk menampung hidup kt cni...yg kna saman aku tak kisah sgt,,tp brader yg ikot felo 2 yg aku geram.apa die ingat kite org ni sape!!!brader 2 da la junior,,tp berlagak nk mampus!!!huh!1

satu lagi yg amat aku malu felo 2 hahaha...da la kiteorg kenal rapat ngan die....tp apasal die saman!!profesional kot prinsip die...aku tak kisah,,huhu...tapi malu la ngan bilik mcm kapal pecah!!1nk buat mcm mana,,,bilik double tp hidup 4 empat satu bilik..hahaa...

rs mcm nk menggila pom ader final2 year ni,,,,then 2 ari lepas 2 g tgk wayang....dapat ulak surat dari PDRM...huhu...nasib la surat nasihat sbb ST2M aku takder kunci tambahan....yg lawaknya,,,ader ke die suh aku pg ibu pejabat untuk nasihat lanjut,..hahaha....tp takpe...yg enting bukan surat saman...maknyenya aku dapat 2 la surat dalam satu minggu..

Final EXAM for FINAL YEAR

pejam celik,pejam celik cepatnya masa berlalu...rupenya skrg aku da jadi final year student..4 years aku blaja kt UMS mcm smalam je aku rasa aku masuk cni....2006-2010,sape sangka 4 taun aku merantau mencari ilmu di negeri orang..byk pengalaman yang aku dapat kt cni...

bile difikirkan balik,aku tak menyesal sbb ikot perasaan sedih aku untuk kesini..tujuan untuk membawa diri, n aku takder ape yg hilang biler kt sini....

bila mula2 datang sabah,aku tk suke dengan keadaan kt cni..dengan makanannya,,yg aku anggap langsung tak sedap...tak mcm kt kg aku..masakan mak aku...4 taun disini cukup untuk mulut ini mengadaptasikan makanan kt cni.....

ape yg aku suke asal sabah,,aku suke tempat ni...cantik wlpn dipenuhi dgn PATI yg berkeliaran kt bandar KK ni.......aku suke org2 kt cni,,sgt peramah mainly tempat latihan mengajar,Kemabong...Tenom....
orang2 nya yg begitu baek melayan org asing,,ramah mesra...satu hari di SMK KEMABONG

aku merasakan bahawa aku bukan lah org asing,tetapi teman rapat apabila aku dilayan dengan begitu mesra....guru guru yg best,,sporting,,tader gap antara guru,,i like that school very much...

disitulah aku telah memulakan kerjaya aku sebagai pendidik...mengajar matematik, fizik,sains, dan pendidikan sivik d cna membolehkan aku mengenal makna pendidik...

4USM,4UM,4UPSI,3PERDANA~~~~i will miss u all....

balik semester 8,aku rasa mcm taknak balik,,bukan sbb takot untuk meninggalkan kg,,tetapi takot untuk grad dan melangkah ke alam pekerjaan.....mcm manapun,final exam sudah bermula,,aku akan menamatkan pengajian aku...mcm mana pun,permainan aku d ums akan tamat......fokus untuk study!!!!

gambate2222........

Sumber: Berita Harian |12 Jun 2009|

Nisbah pendidik agak membimbangkan

LANGKAWI: Kementerian Pelajaran akan mencari kaedah terbaik, termasuk kemungkinan memberi sedikit kelonggaran dalam pengambilan guru lelaki sebagai langkah menarik minat golongan itu menyertai profesion perguruan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, jika langkah itu dilaksanakan, tempoh kursus yang perlu dihadiri mereka mungkin akan dilanjutkan atau ditambah bagi mengelak kelayakan dimiliki guru lelaki dipersoalkan.

"Saya bukan katakan untuk turunkan gred kelayakan pengambilan guru, cuma mungkin ada sedikit kelonggaran untuk mengambil golongan lelaki yang kurang kelayakan bagi menyertai bidang perguruan.

"Malah, beberapa tindakan lain juga boleh diambil untuk meningkatkan kemahiran mereka termasuk memperkenalkan insentif tertentu, demi merapatkan jurang nisbah antara guru lelaki dan perempuan di negara ini.

"Ini bukan soal diskriminasi atau berlaku adil kepada mana-mana jantina. Bagi saya, nisbah guru lelaki iaitu 20, berbanding 80 guru wanita di negara ini suatu yang agak membimbangkan dan perlu diambil kira," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau Kilim Geo-Forest Park, di sini, semalam. Turut hadir isterinya, Puan Sri Noorainee Abd Rahman dan keluarga.

Semalam, Naib Canselor Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Aminah Ayob melahirkan kebimbangan mengenai kekurangan penyertaan lelaki termasuk bukan Melayu dalam profesion perguruan.

Aminah dilaporkan berkata, UPSI melahirkan kira-kira 3,500 bakal guru sekolah menengah setiap tahun, bagaimanapun hanya satu perlima adalah bukan Melayu dan 23 peratus daripadanya lelaki.

Muhyiddin berkata, keperluan kepada guru lelaki di negara ini adalah tinggi, terutama dalam menempatkan guru ke lokasi terpencil atau pedalaman.

"Kita tidak boleh hantar guru perempuan ke pedalaman kerana ia sukar. Saya tidak kata guru perempuan tidak layak kerana mereka lakukan tugas dengan baik selama ini," katanya.

Mengenai pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI), Muhyiddin berkata, beliau akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh terdekat bagi menerangkan kedudukan terkini isu berkenaan.

Beliau berkata, ia meliputi kedudukan dan pendirian kementerian berhubung isu berkenaan, selain hasil kajian terkini pihaknya berdasarkan maklum balas diterima.

"Saya sedar ada yang menyokong dan ada yang tidak. Bagaimanapun, kami di kementerian mempunyai pandangan tersendiri mengenainya.

"PPSMI sekarang ini bukan soal untuk diteruskan atau tidak, tetapi berkisar isu sampingan lain seperti tenaga pengajar untuk mengendalikannya.

"Saya percaya ada jalan untuk laksanakan dan saya akan bentangkan isu berkenaan kepada Perdana Menteri secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, katanya, beliau mendapat banyak maklumat mengenai cadangan menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Semua orang setuju Bahasa Inggeris penting.... tiada siapa pun yang mengatakan Bahasa Inggeris tidak perlu dan maklum balas yang diterima sangat memberangsangkan," katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan kementerian tidak akan membuat keputusan terburu-buru mengenai pelaksanaannya dan masih mempelawa orang ramai memberi pandangan berhubung syarat mewajibkan calon lulus dalam mata pelajaran itu.

Bahasa Melayu Bertaraf Dunia

Sumber: Forum Utusan Malaysia |9 Mac 2010|

TERTERA dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 152 Akta Bahasa Kebangsaan menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi Malaysia. Jelas, bahasa Melayu adalah bahasa utama dan teragung dalam konteks negara Malaysia dari dahulu sehingga sekarang.

Hujah ini sebenarnya sudah boleh menyangkal beberapa pendapat dan kekeliruan mengenai penggunaan istilah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia. Dalam isu ini, saya lebih tertarik untuk mengguna pakai istilah bahasa Melayu yang menggambarkan kehormatan saya terhadap Perlembagaan Malaysia dan pengamalan saya dalam berbahasa.

Bagaimanapun, isu yang ingin saya utarakan di sini ialah perihal penggunaan bahasa Melayu dalam memartabatkannya sehingga ke peringkat antarabangsa. Pada 5 Mac 2010 lalu, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan jayanya menganjurkan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri di Putrajaya. Ia telah mengumpulkan 56 peserta dari 51 buah negara seluruh dunia.

Apa yang harus dibanggakan di sini ialah bukan penganjurannya tetapi penyertaan dan kepetahan para peserta dalam menyusun ayat dan irama dalam berbahasa Melayu seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau juga menyatakan telah menggesa seluruh institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) melalui Jabatan Bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa Melayu sehingga ke peringkat antarabangsa.

Dengan pelbagai kemudahan, peluang, ruang dan sokongan yang mantap dari pelbagai sudut, saya berpendapat IPTA/IPTS mampu menjadikan hasrat kerajaan Malaysia, dan mungkin hasrat seluruh rakyat Malaysia, menjadi kenyataan. Ditambah pula dengan kepakaran dan kelengkapan bahan yang sedia ada dalam setiap Jabatan Bahasa Melayu di IPTA/IPTS, pemerkasaan bahasa Melayu sehingga melonjak ke peringkat antarabangsa mampu membawa bahasa ini setaraf dengan bahasa utama dunia.

Penulis yakin dan percaya, dengan adanya iltizam iaitu keterlibatan oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya sektor awam dan swasta menerusi aktiviti formal, mampu meningkatkan kecintaan dalam penggunaan bahasa Melayu. Dengan semangat iltizam yang kuat daripada penutur natif, terutamanya di Malaysia bersama-sama sokongan kerajaan dan kepakaran IPTA/IPTS, bahasa Melayu akan mampu dilonjakkan sebagai bahasa terulung di persada antarabangsa.

Skop kedua ialah sikap istiqamah atau berterusan dalam menggunakan bahasa Melayu tidak kira dalam apa jua konteks perhubungan dan jalur masa, menjadikan bahasa Melayu itu sebagai alat perhubungan yang penting pada masa kini. Perkara ini akhirnya menjadikan bahasa Melayu terkenal di seluruh masyarakat dunia, terutama dalam perhubungan antara negara.

Realitinya, bahasa Melayu kini bukanlah sekadar bahasa picisan yang tiada nilai ekonominya. Hal ini kerana telah terbukti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan satu-satunya universiti yang memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dan pernah diiktiraf sebagai universiti pertama terbaik Malaysia serta universiti ke-51 terbaik Asia.

Menerusi penganjuran Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri ini, Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang bersungguh-sungguh dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu warisan zaman ke peringkat global.

Namun, mampukah bahasa Melayu kekal sebagai warisan zaman dan adakah masyarakat dunia rentas sempadan menerima bahasa Melayu dalam kehidupan harian mereka?

SARFARIZMAL MD. SAAD
UKM, Bangi

Latihan Mengajar (LM)

Bersama sama dengan sebahagaian para pendidik di SMK Kemabong,Tenom, Sabah Negeri dibawah Bayu


KELAS 4UNIVERSITI MALAYA: mengajar subjek matematik kelas ni.kelas pertengahan di SMK KEMABONG.
KELAS 4USM:Kelas Fizik yang tidak ramai bilangan pelajarnya....namun masih bersemangat untuk belajar...

sesuatu yang lucu,,haha....terpaksa menjadi pengkritik Kemabong Got Talent pada perkhemahan badan beruniform peringkat sekolah.4UM Guys...kadangkala susah untuk dikawal...

Creating a blog

Hii Guys,,,,

This Blog is personally belongs to Che Mohamad Rizuan B. Che Taib.

this blogs is under maintenance...coming up soon...

Segenggam Ijazah

Segenggam Ijazah

Pages

Powered by Blogger.

Followers

About Me

My photo
Nama: Che Mohamad Rizuan B. Che Taib Pekerjaan:Pelajar D.o.b: 4 September 1987

BloGs